Saturday, 17 January 2015

Pengalaman Berurut Sebelum Bersalin Bersama Bidan

Assalammualaikum wbt!

Ketika entri ni ditulis, usia kandungan dah 40 minggu. Tak ada tanda2 langsung pun nak bersalin. Even sampai sekarang tak tahu pun macam mana rasa nya mild contraction tu.

Tapi bak kata bidan sendiri, memang baby ni akan keluar dekat2 dengan tarikh EDD yg Doctor bagi. Terror kan? Dia boleh agak uolss dengan hanya sentuh dekat bahagian badan je. Tapi apa2 pun semua pada ketentuan Allah swt juga. Kali ni nak bercerita pasal bidan. Bukan sebarang2 bidan ye ni. Ini bidan yang ada ilmu turun temurun. 

Selalunya kan orang asyik bercerita pasal berurut selepas bersalin, berurut masa pantang etc..yg pasti semua nya selepas bersalin lah. Tapi tahu tak yg sebenarnya sebelum bersalin tu pun badan perlu di urut? Haaa...ni lah yg nak cerita ni.

Tapi sebelum tu nak bagi pencerahan sikit ye. Sepanjang sy pregnant, sy hanya pernah urut sekali shj waktu kandungan 36 minggu. Itu pun dengan bidan moden. So urut yg sy akan cerita kan ni, sy buat masa kandungan nak masuk ke 38 minggu ke atas. Ok..sambung cerita.

URUT PADA 37++ MINGGU
Sy memang kenal dengan bidan urut ni sejak dari sy belum pregnant lagi. Dulu masa TTC, berurut dengan dia juga. So bila dah pregnant, kena lah fikir nak cari bidan berurut masa dalam pantang nanti. So terus je cop mak bidan ni. Nak di jadikan cerita, sy kena jumpa mak bidan ni 2 minggu sebelum tarikh EDD. So masa jumpa tu, lepas dah tukar kain batik segala, baring2 je mak bidan tanya "jantan?". Sy pun angguk. Kalau dah nama banyak pengalaman tengok perut pun dah tahu baby boy ke girl kan. Lepas tu, tempat pertama yg mak bidan sentuh adalah tapak kaki. Nak rasa panas ke sejuk. Kalau panas itu tanda rahim sihat dan dalam keadaan elok tanpa masalah ye.
Next, terus dia letak jari dia dekat area tut2. Macam mana ek, nak tepek contoh gambar tak ada pulak sebab 18sx sangat kan. Alaaaa...yg kat area segi tiga tu. Ha! Kalau uols pergi klinik dan tanya " Doc, baby dah engaged ke belom ek?", then Doc akan letak tangan dia and tekan2 dekat area tu.. so tu la tempat nya. Leh bayangkan tak? Susah benor..hahaha

Mak bidan pun tekan2, senyap, tekan2 lg rasa, senyap lg, sambil tekan sambil fikir agaknya. "Baby tak masok lagi ni" Belum engaged lg kawan2 maksudnya. "tapi dah terbukak sikit ni ha" Apa yg dah terbuka? Laluan untuk baby masok tu dah terbuka maksud dia. "Tak boleh lagi nak urut ni. Nak urut biasa tak?" Sy pun angguk. At least boleh la bagi lega sikit badan. Sooooo...bila baby belum engaged, mak bidan tak boleh buat urutan "ITU". Haaaaa...urutan apa tu? Jap g sy cerita. Baru mukadimah la ye sebenarnya ni. Hikhik

Bermula lah sesi urut biasa selama 1 jam. Mak bidan memang tak sentuh area perut langsung ye. Dan urut yg paling lama adalah di sekitar peha. Sakit ok sakit. Mengeliat2 dibuat nya. Mahu aje di tepis tangan mak bidan masa dia urut. Ibu sy cakap sy ni jenis tak tahan sakit sebab pada dia, mak bidan urut sedap sangat. Boleh la kot sampai tertidur2. Tapi serius ok, sakit betul la peha. Dia urut bahagian dalam peha ye kawan2. "Adoiiii..sakit cik idah" (so korang dah tahu la nama dia kan. Heee). "Haa..ni nanti semua akan sakit masa bersalin nanti. Itu sebab kena urut. Nak bagi urat tu longgar". Baik lah, baik lah menurut perintah. 

URUT PADA 38++ MINGGU
Mak bidan suruh datang seminggu lg. Dengan harapan nak buat urutan "ITU". Sebab selagi baby tak engaged lg, urutan "ITU" tak boleh dibuat. Tapi sy tahu baby still tak engaged pun. Sehari sebelum pergi rumah mak bidan, ada check up. Sempat la tanya Doc, baby dah engaged belum. Mak bidan pun sendiri cakap belum lagi masuk laluan betul2. Maksud kat sini, kepala baby tu tak masuk sepenuhnya lagi. Tapi..."ada perubahan dari minggu lepas. Dah turun sikit ni" (sambil tekan2 area segitiga). Maksudnya, baby dah masuk sikit hujung kepala dia tapi still bukan sepenuhnya ataupun separuh. Hujung aje.
Bermula la proses urutan "ITU". Nak tahu ke urutan apa itu? Since baby dah masuk sikit ke laluan, mak bidan terus proceed urut. Tapi kali ni urut nak dekat 2 jam ye. (Rasanya lepas ni kena hulur lebih sikit dekat mak bidan sebab penat dia mengurut. Dia tak kena kan fixed payment ye kawan2. Seikhlas hati kita)

Urutan yg di maksud kan adalah urutan utk mempercepatkan bukaan masa bersalin nanti. Ada 3 tempat yg mak bidan utamakan masa urut. Kata nya 3 tmpt ni lah yg penting utk di urut. Kat mana? Kat mana? Kawasan pelvis+celah kelengkang, kawasan dalam peha dan tulang belakang. So masa urut yg nak dekat 2 jam tu, memang lama dekat area2 sini lah.
Haaaa...so korang tahu la kan, yg sebenarnya masa nak dekat bersalin pun kena urut kan. Nak bagi urat2 yg akan bekerja keras masa push nanti lebih bersedia. So tak ada lah urat tu terkejut sangat. Yela masa pregnant mesti la tak buat pun senaman semua tu kan. Kalau buat pun nak dekat2 bersalin. Last minit. (Sy la tu..ihihi) Senaman kegel la, squatting la, jalan itik la.
Mak bidan kata, tak ramai yg tahu kena buat urutan ni. Sebab memang org tak aware kot pasal ni semua. Tapi kalau tengok senaman masa pregnant dekat Youtube tu, semua nya melibatkan streching + pelvic exercise kan. So orang just fokus dekat exercise je dan bukan urutan even method nya sama. Tu pun ada je yg tak buat senaman langsung sampai la bersalin. 

URUT PADA 39 MINGGU 3 HARI
Kali ni datang dengan air mineral. Untuk buat air selusuh. Tapi hampa sungguh bila mak bidan beritahu proses kepala baby still macam minggu lepas. Ermmm...baby langsung tak nak bergerak rajin2 kan diri untuk masuk ke laluan. Sedih betul. Last2 air mineral tadi mak bidan baca kan ayat quran dan suruh minum. 2 hari lagi datang untuk urut lagi. Berharap itu lah yg paling last. Tapi masa urut kali ni, mak bidan sharing banyakkkkk sangat petua penjagaan masa pantang. Nanti sy sharing dekat entri yg lain ye. Yg pasti apa yg mak bidan share semua nya interesting! Siap kena warning. Huhu

URUT PADA 39 MINGGU 5 HARI
Genap 15.1.2015. Tarikh anniversary. Baby dah masuk laluan kata mak bidan. Urut pun dah terasa sakit. Hari ni first time rasa senggugut dari pagi sampai petang. Urut kali ni sekejap je. Sebelum balik, mak bidan sedia kan air untuk dibuat mandi & air selusuh. So ni adalah urutan terakhir sy sebelum bersalin.

So kita tengok jela nanti sy bersalin bila, kontraksi macam mana, bukaan cepat atau lambat etc atas usaha2 di atas. Tapi pada Allah swt juga sy gantungkan segala urusan. Moga dipermudahkan

Arghhhh!!! Nervous!