Sunday, 17 August 2014

Aku Ada Talasemia dan HB Low

Rasa nya bukan pertama kali kita mendengar perkataan talasemia kan? Teknologi perubatan yg canggih membuatkan ibu hamil perlu melakukan pelbagai jenis ujian. Termasuk lah ujian mengesan talasemia, samada anda adalah pembawa atau pesakit talasemia. Ada beza tau.

Sy juga tak terlepas untuk ujian ini. Setakat ini sy dah mengulang 3 kali ambil darah di HUKM.
 Satu hari sy mendapat panggilan dari HUKM wad DayCare yg menyatakan sy perlu untuk mengulangi proses tersebut disebabkan result HB (hemoglobin) sy rendah. Result HB normal bg ibu mengandung adalah 11 ke atas. Tapi result pertama sy adalah 10. 
Disebabkan result HB yg rendah, Dr suspect sy mempunyai anemia yg mana ini merupakan masalah normal bg ibu2 mengandung. Sy mengulangi proses mengambil darah dengan membawa borang di atas. Ambil masa 2 minggu untuk HUKM berikan result thru phone call. Dalam hati punya lah berharap yg jangan lah HUKM call. Tapi.......sy tetap mendapat panggilan. Jawapan yg sama adalah HB result sy masih rendah. Kali ni result HB adalah 9. So apa perlu sy lakukan? Mengulangi semula proses ambil darah. Tapi kali ini, staff nurse dah cakap awal-awal Dr nak buat talasemia dianogsis. Sebab kalau dah ambil darah banyak kali tetap rendah, so talasemia lah kemungkinan nya. Masa ni, memang bermacam-macam bermain dekat fikiran. Risau sangat apa effect dekat baby. Google segala info and result nya membuat kan hati bertambah risau.
Borang yg sy bawa ketika kali ke dua mengulangi proses mengambil darah. Proses sgt cepat tak sampai pun 10 minit then boleh terus balik. 
Kali ni ambil darah banyak ye darah membazir seperti di atas. Staff nurse yg ambil kan darah tu macam tengah-tengah belajar lagi sebab ada instructor kat sebelah. Kalau sebelum ni, dekat kapas mesti ada setitik dua darah je. Tapi takpe....dah biasa.
 Oh ye...dan seperti biasa sy perlu tunggu 2 minggu untuk mengetahui result. Dan tapi!! sy tetap menerima call dari HUKM ye. Jawapan nya? Sy menghidapi talasemia yg mana lebih details sebagai Beta Talasemia Trait. Masa terima panggilan dan dengar result punya lah seriau di buatnya. Bertubi-tubi soalan di tanya dekat staff nurse.
Satu perkara yang sy suka dan respect pada staff nurse dan Dr di HUKM, mereka sangat pandai untuk mengawal keadaan dan respect to the patient. Cakap pun lemah lembut. Kalau ada yg tersasar dari landasan mungkin seorang dua je. 
 Ok, disebabkan sy telah disahkan pembawa talasemia, maka En Hubby tak memasal kena buat ujian darah jugak. Motif? Nak tahu samada suami mempunyai sejarah talasemia jugak atau pun tak. Kalau ditakdirkan suami juga mempunyai talasemia, maka chance untuk baby dapat penyakit yg sama adalah 50%. Banyak jugak tu. Tak pasal je En Hubby pun ada kad macam kat atas. Kelakar je. Tapi alhamdulilah syukur pada Allah SWT, result En Hubby normal.

  "Biarlah mummy yg mengalami & harung segala kesakitan, asalkan baby dengan papa sihat dan ok"

Check up yg ketiga, Dr suruh ambil darah lagi. Saja nak tengok result kata nya. Ceh! Kali ni result HB yg ketiga 9.1. Padahal dah makan bayam ok! (Baru sekali makan nak kecoh. Tu pun makan sehari sebelum check up. hihi) Takpela hari ni dah redha sangat dah ha. Orang kata nk bg HB naik kena jadi popeye makan bayam, makan kerang mcm2 lagi lah. Tapi sy tak rasa itu membantu untuk pembawa talasemia mcm sy ni. Ermmm....

 Oh ye, tadi sy ada bgtau talasemia ni ada 2 jenis kan >
Pic dari blog zuyyin zulaikha. Mudah nak faham
1) Pembawa @ talasemia minor.  
Pembawa selalunya tak ada pun masalah2 kesihatan. Ok je. Tak ada tanda2 sakit serius. But as for me, HB low ni buat kan rasa nak pitam sokmo. Risiko baby untuk dapat talasemia adalah 50%.
2) Pesakit @ talasemia major
Apa simptom nya? Selalu nya boleh dikesan masa umur 3-18 bulan. Pucat, anemia yg sgt serius, tumbesaran terbantut, demam kuning, buncit sebab hati dan limpa bengkak. Dan selalunya pesakit perlu untuk melakukan pemindahan darah 1 @ 2 kali setiap bulan selama seumur hidup untuk pastikan tisu badan dapat keperluan oksigen yg cukup & untuk pastikan paras HB berada dalam keadaan yg lebih baik.

Cara nak mencegah?
Talasemia ni tak ada ubat. Makan la apa pun supplement memang akan kekal begitu dalam badan. Lain lah kalau kita ada anemia dan bukan pembawa atau pesakit talasemia. 1 je cara nak mencegah. Pasangan perlu buat ujian ni. Selalunya sebelum berkahwin lah. If dua2 ada talasemia, memang tak di galakkan berkahwin sebab nanti lastly anak yg susah.

Sy just terangkan secara ringkas saja ok. Kalau nak secara details untuk setiap jenis talasemia (Talasemia Alpha & Talasemia Beta) boleh jengah sini.

*Ada tak antara kawan2 sy kat sini @ anak2 yg mempunyai sejarah talasemia?*