PAHITNYA PENGALAMAN CHECK UP 40 MINGGU
Tajuk entri? Memang sengaja saya lawan kan di antara 2 tempat di atas. Sebab? Untuk sy cerita kan pengalaman yg tak semua orang nak rasa pun sepanjang kehamilan mereka.
Cerita sy bukan lah cerita gempak yg semua orang nak baca tapi sy rasa terpanggil nak share kekesalan di hati. Semua wanita yg preggy memang kalau boleh nak layanan 1st class kan? Kalau boleh nak service yg bagus dan begitu juga la sy. Tapi .. bila sy mengalami apa yg sy alami ketika check up 40 minggu membuatkan mata sy lebih terbuka. Dan benarlah swasta itu memang lebih mementingkan keuntungan daripada menjaga hati, perasaan dan keselamatan.
Kenapa?
PUSAT PERUBATAN NALURI
14.01.2015
Sy buat monthly check up disini seminggu sebelum EDD. Menjalani prosedur biasa. Urine+tekanan darah+seluk+scan. Sy biasa dengan Doc ni memandangkan sejak 37 minggu yg dulu, dengan dia lah sy buat segala pemeriksaan. Dan tiba-tiba "air ketuban awk dah kurang ni. Awak nak kena induce samada hari ni atau esok. Kita takut jadi apa2 pada baby" ... Bayangkan apa perasaan sy? Hepi? Nervous? Sy hanya mampu cakap "serious??" ... Waktu tu sy berbelah bahagi. Yup memang nampak air ketuban kurang masa scan tapi kurang dlm masa yg amat singkat itu dah menimbulkan tanda tanya di hati sy.
Alhamdulilah..sy masih dapat berfikir secara waras. Sy cakap pada dia, sy akan dapatkan 2nd opinion dari Doctor di HUKM. Nasib baik dia ok. Dia tak mendesak sy. Tapi, sy masih perlu terangkan pada staff nurse yg lain apa yg terjadi memandangkan mereka asyik bertanya bila nak masuk wad untuk di induce. Memang kebiasaan ye, kalau kita buat check up mereka semua akan fikir kita akan bersalin kat situ? Macam kita tak ada hak pula nak membuat pilihan kan?
HUKM
14.01.2015
Sy lari ke HUKM pada hari yg sama. Balik rumah ambil beg segala dan makan. Kunun2 macam hari tu confirm akan kena tahan wad. Kunun..nervous pny pasal kan. Biasalah...masa menunggu lebih lama. Plus case sy bukan lah serius mana compared dengan yg dah pecah air ketuban, bloody show, rahim terbuka even baru 5 bulan etc. So nak tak nak tunggu la even makan masa berjam juga di wad emergency tu.
Tiba turn sy, Doc lelaki datang dan tanya "apa yg Doc tu cuba takut2 kan awak ni?"sambil tekan2 perut. "Sy pergi check up di private, Doc kata air ketuban sy dah kurang dan suruh sy induce" Masa Doc tekan2 perut, Doc tny "awk tahu apa ni?" Of course la sy tak tahu kan...itu la air ketuban. Masih banyak. Doc scan dan mula la mengira tahap air ketuban. Dan masa scan, Doc scan air ketuban di setiap bahagian dan penjuru perut. Dari kanan perut beralih ke kiri, dari bahagian atas perut beralih ke bawah pula. Total air ketuban adalah 10. Masih normal kalau melebihi 8 dan ke atas. Ermm...bila sy ingat balik scan di Naluri, Doc hanya scan di bahagian kanan perut sahaja. No wonder kalau dia nampak air ketuban sy kurang. So apa keputusan Doc? Nothing to worry. Sy pun balik rumah.
PUSAT PERUBATAN NALURI
19.01.2015
Sy datang check up pada EDD sy. Tapi baby still tak keluar lagi. Kali ni, sy check up dengan Doc yg berbeza. Doc di HUKM advise supaya sy buat check up waktu EDD just to make sure baby dalam keadaan yg sihat. So that is why sy berada di sini. Memandangkan Doc ni tak pernah ambil kes sy, sikit2 sy terpaksa terangkan kronologi. Prosedur masih macam biasa dari urine test hingga scan. Dan sampai satu tahap dia tanya "bersalin di mana?" Sy jawab di HUKM. "Sy buat monthly check up hanya untuk pasti kan baby ok. Dan kalau2 nanti emergency, sy boleh buat keputusan bersalin di sini"..
Bermula la sikap dingin dan segala nya... Setiap ayat yg dia sebut mesti quoted HUKM HUKM HUKM dan HUKM. Bila sampai satu masa utk buat CTG, dia masih sempat recommended pada sy utk terus ke HUKM hanya semata2 nak buat CTG. Doc ingat sy akan bazirkan masa menunggu hanya utk CTG even sy boleh buat di Naluri? So sy insist nak buat CTG di sini. Lagipun sy tak nampak sebarang masalah pun untuk buat di sini kerana sy menggunakan GL. Dan even kalau sy bayar sekalipun, sy tak guna duit Doc pun. Sy bayar untuk setiap service.
Bacaan jantung baby ok. Baby aktif. Dan bila sekali lagi sy jumpa Doc ni, sy request secara humble untuk minta dia produce kan MC seminggu untuk sy. Normal kan kalau Doc bg MC sebelum due? Sy siap bagi sebab yg sy menaiki LRT untuk pergi kerja dan memandangkan sy dah 40 weeks, sy rasa kan risky utk sy berjalan2 waktu macam ni seorang diri.
Tapi tahu apa jawapan Doc?
"Kita tak boleh la nak bagi u prolong MC sebab u dah tak comply dengan arahan Doc yg minta u untuk di induce hari tu"
Dalam hati "what???"
Sy tak ikut arahan Doc utk di induced hari tu, so sebagai punishment sy tak boleh diberi MC? Adakah sy tak ada pilihan sendiri utk buat keputusan atau sy hanya perlu ikut je arahan tanpa refer pihak yg lain?
Sy minta MC sebab sy dah 40 weeks. Tak cukup risky ke untuk sy? Doc nak membahayakan keselamatan sy semata2 sebab Doc tahu sy tak pilih Naluri sebagai tempat utk bersalin? Macam tu? Dan mentang2 sy cakap sy nak bersalin di HUKM, Doc terus layan tak layan sy?
Sempat lg Doc cakap dekat sy kan, kalau nak minta MC, minta dekat HUKM. Padahal sy dah terangkan pada Doc, yg Doc sebelum ni boleh je bagi sy MC sebab faham keadaan sy.
So?? Sy dah tak rasa nak jejak kaki dah utk check up di Naluri. Biar lah hari ini jadi hari terakhir sy check up. Baby, please la keluar cepat. Dan kalau terpaksa check up sekali pun, sy lebih rela check di klinik biasa dan sy lebih rela menunggu lama di HUKM berbanding beri Doc duit yg banyak untuk check up yg bukan atas dasar kepentingan sendiri dan keuntungan.
*masih ada private clinic + hospital di luar sana yg bagus, tapi apa yg sy alami dah cukup buat sy serik biarpun ia kali pertama tapi cukuplah biar ia jadi yg terakhir*