Thursday, 10 September 2015

Makanan Bayi : Cara Buat Bubur Nasi Beras Perang untuk Bayi

Hari ni sy nak jadik emak2. Nak ajar dengan teliti macam mana cara untuk buat bubur beras perang untuk baby. Sejujurnya, dulu masa nak belajar cara nk buat bubur nasi beras perang sangat lah susah untuk sy dapatkan info yg ada ceritakan setiap langkah dengan penuh detail even bila sy search berkenaan cara nak buat bubur nasi biasa pun susah betul lah nak jumpa cara paling details tapi ringkas dan mudah nak faham. So disebabkan sy tak nak mommy2 di sini lalui pengalaman yg sama dengan sy, so sy selitkan di entri ni ilmu dan cara sy buat bubur Aqil daripada rendam sampai lah masuk dalam bekas untuk di frozenkan. Harap dapat membantu!
Sy di rumah makan beras perang. Bukan dari azali, Tapi sejak Aqil kena eczema, dan memandangkan sy masih breastfeed Aqil, so sy decided untuk tukar cara pemakanan sy. So sy decided untuk tukar ke beras perang. So bila google2 cara nak buat bubur nasi untuk Aqil, sy terjumpa entri yg ada cakap beri baby makan beras perang adalah LEBIH BAIK dari beras biasa. Alhamdulilah. Tepat masa dan keadaannya. 

Tapi! Tapi dan tapi! Nak beri makan beras perang pada baby kena RENDAM DAHULU ye beras tu sebelum dikisar. Pasal hal kena rendam ni pun sy terlambat tau. Dah kisar beras perang jadi halus baru terbaca yg beras perang kena di rendam dulu. So sy start dari awal balik. Sedikit pengetahuan,sy beri makan beras perang dan rolled oat pada Aqil masa Aqil da 6 bulan lebih. So untuk kedua makanan ini, memang kena rendam dulu ye. Sy start bagi Aqil makan bila lagi satu minggu dia nak masuk 6 bulan. Sy bagi Aqil makan puree buah dan sayur semata2 selama sebulan. Hanya perkenalkan Aqil pada bubur nasi dan rolled oat bila dah nak masuk 7 bulan. 

Ok, jom belajar step by step cara nak rendam beras

1. Sebelum rendam, sy basuh dulu beras sampai bersih macam masa kita nak masak nasi tu macam gambar dekat atas tu. Sy start rendam masa nak pergi kerja awal pagi dalam 6.30 pagi. Masa rendam tu squeeze sikit lemon dalam periuk. Letak tapis dekat atas periuk takot2 nanti serangga masuk pulak. Ikutkan kena rendam 24 jam tapi sy pilih untuk rendam 12 jam sahaja. Bila dah balik kerja nanti sy akan basuh balik bersih2. 

2. Sy akan sangai beras tu dalam kuali. Goreng tanpa minyak sampai kering beras yg baru lepas basuh tadi. 

3. Lepas dah sangai, sy akan kisar dalam blender kering sampai jadi halus. Masuk kan dlm bekas kedap udara. Kenapa kisar? Untuk pastikan cepat masak. 

So, nak buat bubur macam mana pula?
1. Masuk kan beras dalam periuk. Bubuh air dan masak macam biasa cara kita nak masak bubur. Sebenarnya ini adalah first time sy masak bubur. Hihi. So sy masak lah sampai agak2 beras tu kembang, lembut dan dah masak.
2. Sy masuk kan puree kurma frozen untuk pasti kan bubur nasi tu manis2 masa Aqil makan. Sebenarnya boleh buat 2 version. Ini adalah version pertama yg sy buat dulu which is sy campurkan kurma dalam bubur. Tapi version ke 2, sy buat bubur plain sahaja tanpa di campur apa2 sebab masa bagi Aqil makan, sy dah bagi puree buah atau sayur dan mesti ada 1 kiub kurma wajib untuk setiap per feeding. Pusing2 sama je cuma Version 2 akan lebih jimat dan lebih terjamin sikit ketahanan sebab tak di campur dengan apa2 bahan selain daripada beras. 
3. Bila bubur dah masak dan dah sejuk, masuk kan dalam blender dan blend sampai halus. Yg dalam gambar ni adalah bubur Version 2 yg mana sy tak campur dengan kurma atau puree yg lain. Sy masak bubur plain semata2. So nampak kan putih dia. 
4. Blend sampai halus macam  ni. Sy campurkan sedikit air masak dalam bubur ni masa nak blend, Sebab kalau tak tambah air, blender tak bergerak..hihi. If kita masuk kan air masak, at least baby pun tak adalah sembelit sangat.
5. Bila dah blender, sy masuk kan dalam bekas taufufa ni. Kira2 dalam 2 oz bekas ni. Tunggu sejuk, baru boleh tutup bekas dia dan masukkan dalam freezer untuk jadikan frozen. 
Rolled oat ni pun sy lakukan versi yg sama. Sy akan rendam dulu dan step by step dia adalah sama macam cara buat bubur nasi di atas. 
Rolled oat yg dah diblend. Sekali makan 2 oz tapi dia sangat padat. Kenyang betul bila Aqil makan. 
Selalu Aqil akan makan oat atau bubur nasi ni dengan pelbagai jenis puree. 
So far sy dah buat macam2 jenis puree. Keledek ungu dan carrot macam di atas ni. Sy masuk kan dalam bekas ice cube untuk frozen kan. Selalu sy akan bg 3 kiub + oat/bubur untuk sekali makan. Aqil makan 3 kali sehari.

Oklah itu jela rasa nya review sy untuk entri kali ni. Kalau ada benda nak tanya jangan segan drop komen ye!