Wednesday, 29 October 2014

Apa Sebenarnya Clomid?

Sy adalah pengguna Clomid. Adakah anda juga pengguna Clomid? Atau baru sahaja di suggest oleh Doctor untuk menelan Clomid?
Meh sy cerita serba sedikit tentang Clomid. 

Sy pengguna Clomid selama 4cycle yang mana clomid 50mg,100mg dan 150mg dah pernah sy makan. Bila sy disuggest oleh Doc utk makan clomid perasaan sy? Gembira! Sebab? Sy tahu clomid boleh membantu tahap penghasilan telur/follicle sy.
Secara mudahnya...bila kita dengar orang beritahu yg dia diberi makan clomid oleh Doc, kesimpulan yg boleh dibuat adalah WANITA ITU TIDAK DAPAT / GAGAL MENGHASILKAN TELUR MATANG YANG BANYAK SEMASA TEMPOH OVULASI NYA & SEBAGAI RAWATAN DALAM TEMPOH LUTEAL PHASE (as a booster)

Jangan salah faham ye. Bukan tidak menghasilkan follicle langsung. Follicle masih ada, cuma saiz nya tidak menepati piawaian. Saiz follicle yg matang adalah 18mm. 

Maaf cakap..selalu kita akan rasa rendah diri atau mungkin tak boleh menerima kenyataan bila org bertanya kan kenapa kita diberi ubat itu ubat ini utk rawatan kesuburan. Tak semua. Tapi ada. Sebolehnya kita akan menjawab " tak ada masalah. Tiub ok. Tak block. Tak ada cyst. Tak ada fibroid. Rahim cantik. Semua ok " dan untuk sedap hati kita akan menambah " cuma belum rezeki " .. 

Ya! Semua ok. Tapi doc bekal kan clomid untuk makan. Macam mana pula tu? Dah tentu ada masalah kan? Dah tentu follicle yg dihasilkan tak cukup matang saiz nya. Yes! That is a problem! So apa yg sy nak tekan kan disini, major problem tiada tapi anda tetap ada minor problem. Doc tak akan bg ubat kalau tak ada masalah kan? 

Tahu tak yg clomid boleh membantu kita menghasilkan lebih tinggi hormon yg mengawal ovulasi iaitu FSH & LH. Hormon ini lah yg akan menolong follicle kita utk matang dan bersaiz cantik sebenarnya. 
Umumnya, cara pengambilan dose clomid ini adalah ketika period hari ke 2-6. Dan selalunya dose yg diberi adalah dari minimum 50mg sehingga lah maksimum 150mg. Ini berdasarkan pengalaman sendiri. Sy membuat rawatan di HUKM. Doc mula kan dengan clomid 50 mg. Dan memang body sy tak respon dengan clomid bersaiz minimum ini dan sy diberi clomid 100 mg untuk 2 cycle. Bila Doc kaji yg follicle sy seakan masih segan utk besar tapi ada kemajuan, Doc decided utk buat laparoscopy. Sebab? Sy di detect mempunyai endometriosis. Yg mana sy percaya ini adalah punca utama ketidaksuburan sy. Dari mana sy tahu mengenai endo ini?
Dari follicular tracking. Menjadi perkara yg wajib apabila kita diberi clomid, Doc akan jalan kan scan di pertengahan cycle untuk check keadaan dan tahap tumbesaran follicle. Dari sini, boleh tahu samada badan respon atau tidak dengan dos clomid, atau ada cyst/endo dan sebagainya. Kalau ada di antara anda yg diberi clomid TANPA scan follicular tracking, jangan segan untuk bertanya mengapa. Sy percaya ada Doc di klinik terutamanya yg tak lakukan prosedur ini. 

Apabila dalam proses ini didapati follicle dah mencapai tahap matang, Doc akan berikan suntikan HCG (ovidrel/pregnyl) yg mana suntikan hormon ini seakan memberi message kepada ovari agar melepaskan follicle yg sudah matang tersebut supaya mudah utk disenyawakan.
Sejurus disuntik, Doc akan suggest utk bersama dlm tempoh 24 jam, contoh jika disuntik jam 10 pg, bersama jam 10 malam keesokkan harinya, dan selang sehari kemudiannya. Kenapa selang sehari? Utk memastikan sperma yg dihasilkan berkualiti. 

Dan seeloknya, dalam tempoh2 sebelum scan, elok lah tidak bersama suami demi utk menjaga kualiti sperma. Bila dah confirm follicle cantik dan dah dpt suntikan, baru lah bersama. 

Secara umumnya, clomid merupakan drug yg HIGHLY EFFECTIVE dlm membantu proses stimulasi ovulasi. 80% wanita yg consume clomid berjaya ovulate dengan saiz follicle yg cantik dan hamil setelah penggunaan antara 3-4 kitaran. 

Diakui, clomid boleh menyebabkan risiko ovari tumor. Tapi selalunya terjadi apabila pengambilan clomid selama 12 kitaran atau lebih. Dan apabila dikesan masalah ini, Doc akan lakukan pemeriksaan selanjutnya. 

Untuk kawan2 di luar sana, tak perlu ragu atau takut utk menggunakan clomid. Doc lebih arif dlm pekerjaan mereka. Yg penting bertanya dan banyak kan pembacaan supaya kita lebih faham. Jangan mudah utk mengalah kalau belum mencuba. Usaha yg kita buat adalah sebahagian daripada doa. 

Semoga perkongsian ini membawa kebaikan & baby dust kepada kawan2 TTC yg cekal hati nya!