Saturday, 3 January 2015

Pakej Bersalin Pusat Perubatan Naluri 2014-2015

Assalammualaikum wbt..
Hari ni nak sharing berkenaan Pusat Perubatan Naluri. Rasa nya ramai yg mencari2 rate pakej bersalin dekat Naluri ni kan. Yelah nak jugak tahu kan apa service lain yg dorang bagi kan? Kan? Kan?
Ok, macam mana sy boleh terjumpa pasal Naluri ni? Macam ni... sebelum ni sy buat pregnancy check up di HUKM. Memandangkan Doc set kan tarikh last check up sy 3 hari sebelum EDD..so sy terpaksa mencari2 klinik lain utk buat check up di antara tarikh tu. Kalau sebelum tu, sy buat check up dekat Klinik Kita Wangsa Maju..tp sy tengok check up nya biasa je. No urine test pun. So sy decided elok lah kira nya sy cari hospital atau klinik lain. Memandangkan Naluri salah satu panel hospital company, so sy decided buat di sini je. Bila nak buat check up, sy just prepare guarantee letter sahaja.
Bila sampai kena ambil urine test, timbang berat, jumpa Doc & scan.
 Masa first time check up disini sy diberi suntikan kancing gigi. Itu pun waktu kandungan dah 37 minggu. Dekat HUKM tak ada suntikan kancing gigi. Alhamdulilah, tak sakit pun suntikan kancing gigi ni. Yela sebelum ni selalu baca org cerita suntikan kancing gigi ni sakit sampai boleh demam. Tapi sy steady je. Gagah kan sy? Hihi
Sy nak bersalin di sini ke? Ermmmm susah nak cakap sebenarnya. Dalam hati ni kalau boleh sy memang nak bersalin di hospital yg menempatkan bilik single. Motif? Sy nak pastikan sy boleh breastfeed anak sy dengan mudah, tanpa rasa segan, tanpa rasa kekok.. lagi2 kalau baby menangis malam, sy tak mengganggu patient yg lain tidur. Keselesaan untuk breastfeed anak tu yg paling sy utama kan. Husband pun boleh teman tidur. Perasaan nak bersalin di Naluri lebih membuak (gteww) bila sy tengok rate dekat Naluri ni masih reasonable walaupun sy akan terpaksa mengeluarkan sedikit duit memandangkan company cuma cover sikit sahaja. Tapi entah la...berbelah bahagi pulak rasa nya. Bila nak cari review bloggers lain, kebanyakan tak updated pun. Pengalaman bersalin terbaru tak ada yg buat entri.  
Sy planned untuk bersalin di HUKM dengan menggunakan guarantee letter husband. Tapi dekat HUKM, mereka menawarkan wad biasa yg mana semua dilayan sama rata. Tak ada bilik perseorangan pun melainkan anda semua bersalin di private wing UKM Specialist Centre. Risau nya dalam hati ni kalau baby nangis malam2 nanti. Huhu. Macam mana ek..
Ok la ok la...dah puas meluahkan rasa, jom la sambung balik ke tajuk utama entri ni ye. Hihi
Dekat Naluri, cas untuk open ward macam di atas. Rasa nya boleh lah zoom in untuk tahu details tapi ini bukan termasuk kos2 yg tertulis di bawah tu ye. Best kan? Even open ward nampak bersih,cantik,selesa and damai je. Cewah. Hihi. Jom tengok bilik single jom! 
Haaaaa...best tak? Cuba tengok betul2. Luas kan? Damai 2 kali ganda dari open ward. Hihihi. Bila tengok rate dekat atas ni lah terus rasa nak bersalin HUKM ke Naluri menjelma dalam hati ni. Tak suka tau! Nak lagi best? Jom tengok lagi!
Taraaaaa!!! Ni rate utk bilik yg lg special. Best kan? Memang best. Tapi lg best kalau bersalin ni kita boleh tahu ada complication atau tak. Yela, epidural pun dah RM900 kan..tak guna lagi vacum atau forsep. Kalau bersalin tu dipermudahkan, Alhamdulillah. Tapi kalau Allah nak bg ujian masa bersalin? Risau jugak duit tu keluar macam air. Ini lah 3 jenis bilik yg ditawarkan dekat Naluri.
Dah alang2 cerita pasal rate bilik bersalin, meh selit sekali service yg lain. Sy baca ibu yg berdarah O+, chance untuk baby dpt jaundis tinggi. Memandangkan sy O+, so sy dah bersiap sedia prepare mental physical lepas baby lahir nanti. Dan sy dah pun decided, akan ke Naluri je if nasib tak menyebelahi nanti. Kalau dipaksa tahan wad, senang sikit dekat dengan rumah. (Ohh sy memang jenis suka fikirkan pelbagai kemungkinan. Untuk bersiap sedia apa yg patut). Tapi biarlah semua nya dipermudahkan. Harap baby nanti tak ada kuning. Amin..
Antara service lain yg ada di Naluri. Tak sangka la pula ada sedia kan rawatan infertility. 

So best kan? Tapi apa2 pun hospital atau klinik dekat mana-mana pun sama je. Cuma kadang2 kita nak yg terbaik untuk diri kita sendiri kan. Yang penting kena sedia kan duit je. So far, pengalaman 2 kali check up setakat ini masih ok. Orang pun tak ada la ramai mana memandangkan sy pergi hari Sabtu. Pergi la awal2 pagi senang tak perlu nak tunggu lama. Actually memang tak perlu tunggu lama pun. Once one patient keluar bilik Doc, terus another patient dipanggil. 

So untuk sesiapa yg tengah mencari2 latest cas dan pakej bersalin di Naluri, hope entri ini membantu ok! Kalau ada yg pernah dapatkan service di sini, boleh lah bagi review sekali. 
Till then...harap membantu!