Friday 8 January 2016

Pregnant Kali Ke 2 - Alhamdulilah

Alhamdulilah! 
Masih dalam keadaan terkejut! 

Kandungan masih baru. Cuma ingin berkongsi berita gembira ini bersama2 kawan TTC yg lain supaya dapat ambil sebagai sumber insipirasi. InshaAllah. Secara jujurnya juga, sy tak berkongsi kan berita ini dengan kawan2 sy di FB dan juga kawan yg lain. Hanya family dan 3 orang kawan shj yg tahu. So kiranya kamu yg baca semua ni dapat hak ekslusif..hihi

Test ni sy baru buat semalam. Tak sangka akan diberi rezeki seawal ini. Secara jujurnya sy merancang biarlah tunggu Aqil 2 tahun. Aqil baru nak masuk setahun, tup2 UPT positif pulak. hihi.
Rezeki di awal tahun 2016.

Sy just nak share apa yg sy makan dan amalkan then tup2 preggy ni. Selain dengan izin Allah swt yg pastinya, mungkin apa yg sy makan memberi penyumbang juga. 

********************************************************************************

Selepas melahirkan Aqil setahun yg lalu, period sy tidaklah teratur sgt2, tapi boleh dikatakan dah behave berbanding dulu2. Masih period setiap bulan walaupun tarikh nya tidaklah ontime sangat. Dan 2 bulan sebelum preggy ni, sy tak ambil kisah pulak utk catat tarikh period. Sebab kunun2 mcm "biarlah, bukan akan pregnant pun" plus memang tak merancang nak anak ke 2 pun. Tapi kan sebenarnya dalam hati terdetik juga, yg rasa-rasanya dah masanya utk merancang. Tapi tak sempat merancang sungguh2 Allah dah bagi rezeki besar. Alhamdulilah. 
Sebenarnya kan masa sebulan sebelum preggy, adalah niat nak diet. Sebab rasa dah berat sangat badan ni. Memandangkan dekat rumah ada akar herbanika yg tak minum masa pantang dulu, so decide nak minum masa diet. Tak adalah pahit mana. Memang konsisten minum setiap hari. Buat macam minum air masak 2 botol besar setiap hari (mesti habis), dengan harapan badan ni rasa ringan. Kesan masa minum, badan dah tak ada rasa sakit2 dah. Dan paling best, dalam badan rasa panasssssss je. Kebetulan pulak bulan ni jumpa egg white. Adakah sebab tindak balas air ni? Allah je tahu..hihi. 

Selain dari minum air ni, bulan lepas sy start baca zikir setiap kali pergi kerja dalam LRT. Niat sy adalah utk murahkan rezeki. Yela sekarang ni sesak sangat dah duduk Malaysia ni.hihi. Alhamdulilah, ini lah rezeki nya. 
Buku zikir ni sy beli RM3.50 je. Besar tapak tangan. Sy selalu amalkan zikir:-

SubhanAllah 33x
Alhamdulilah 33x, 
Allahuakbar 33x
 Ya Karim 100x
 Ya Rahman Ya Rahim 100x
Ya Malikul Mulk 121x

Ade lah lagi zikir2 yg lain. Korang beli lah buku ni. Ade je dekat kedai buku. 

Tanda preggy? Sebelum dapat tahu preggy, ibu sy ada bermimpikan air. Macam masa Aqil dulu2. Sy pun ada mimpi air yg membawa petanda rezeki. Dan sy kerap kali rasa dalam perut ni ada sesuatu yg bergerak2. Cuma khilaf sy kali ni, sy tak dapat nak agak sudah berapa minggu usia kandungan sebab sy tak tahu dan lupa tarikh last period sy. Macam mana niiiiiiii..huhuhuhu. 

Badan rasa biasa cuma delayed period shj. Dan bila pakai baju kurung sangat lah terasa sendat di perut. Dalam badan pula terasa panas je. 

*************************************************************************
Kawan2 TTC, bersabarlah. Selalunya yg terbaik itu memang datangnya lambat. Selalunya yg terbaik itu memang kena banyak usahanya. Memang banyak airmata kena keluar. Banyak duit kena labur. Mungkin IVF mungkin IUI mungkin operation cyst dll. 

Tapi kan disebalik semua ni, Allah swt sebenarnya nak menguji juga memupuk kita untuk tanam sikap sabar. Jika kamu semua lulus untuk sabar dalam menunggu, sabar dalam menanti maka inshaAllah kamu juga lulus untuk menjadi seorang ibu di masa hadapan. 

Apabila masanya sudah tiba dan sesuai, maka dalam rahim kamu akan ada seorang janin. 

Lepas melalui saat yang sukar, siapa kamu untuk menidakkan rezeki Allah dengan memberikan kamu zuriat yg seterusnya dalam masa yg terdekat? Begitulah lazimnya. Bila kita sukar untuk dapatkan yg pertama, rezeki yang kedua dan seterusnya akan laju sahaja menyapa. InshaAllah

Maka kawan2 TTC sekalian, kita sama2 berusaha dan bersabar ye. Ingat, setiap usaha kita Allah teliti dan nampak. Dia tidak akan berlalu begitu sahaja membiarkan kamu semua menangis. Cuma masa nya akan tiba apabila sudah sesuai masanya iaitu tika kamu benar2 bersedia untuk memikul tanggungjawab penuh sebagai seorang ibu. 

Sy mendoakan kamu semua agar diberi peluang untuk merasa apa yg sy rasa. Doakan sy juga untuk kuat membawa kandungan ke 2 ini dan seterusnya menjadikan Aqil sebagai seorang abang yg sangat bertanggugjawab. INSHAALLAH & AMIN!

-with love-
MAMA AQIL

33 comments:

  1. Tahniah sis, smg Allah permudahkan semuanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih! Mengharapkan perkara yg sama. Amin

      Delete
  2. tahniah sis... alhamdulillah. semoga Allah permudahkan perjanlanan pregnancy ke dua ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ms orked! Kali ni arap2 xde alahan dan kuat.

      Delete
  3. Tshniahh..!! Pesanan penaja tu.. couldnt agree more

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah....tahniah ye tuan blog!

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kepada kawan2 yg mendoakan. Sy juga mengharapkan samada kawan2 TTC dan yg lain juga akan diberikan kesempatan yg sama. Berdoa dan terus mendoakan.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah rezeki tahun 2016 :) take care :)

    ReplyDelete
  7. tahniah dan take care, ziera...
    doakan akak jgk ye ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti kak! Moga masin mulut sy so that kawan2 TTC yg lain pun turut sama preggy. InshaAllah

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. tahniah sis, sy pun berharap sangat mengandung selepas ni.. sy baru lepas laparoscopy + minilaparotomy.. harini hari kesebelas.. sebulan bercuti dan berharap Allah kurniakan rezeki utk sy juga.. (^^,)v

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah... tahniah sis... mofa ada rezeki saya jugak..ttc9bln..
    1st bby x de rezeki.. mengandung luar rahim dan terpksa buang satu tiub disebelah kanan.. moga Allah dgr rintihan saya, agar rezeki sy tetap ada seperti wanita lain walaupon sy bergantung pd satu tiub sahaja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaALLAH tetap akan dipermudahkan oleh Allah swt. Kena yakin dan positif selalu ye!

      Delete
  11. Replies
    1. ouch! cikgu ada blog jugak lah! mihihi.

      thank you cikgu and i will.

      Delete
  12. Ya Allah.. Sememangnya besar ganjaran kalau kita amalkan zikir2. Alhamdulillah..Tahniah sis! Insyaallah semuanya baik2 sahaja.. Untuk semua kawan2 TTC, jangan putus asa yer. Nanti akn tiba turn kita plak. Amin..Baby dust untuk semua!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...baby dust utk semua. Moga ada rezeki masing2 untuk merasa nikmat mengandung dan melahirkan. AMIN

      Delete
  13. Tahniah Ziera sekali lagi diberi peluang melalui kehamilan kali kedua, Nikmat yang Allah bagi pada kaum Hawa alhamdulillah. suka baca entry ziera banyak info dan ilmu yang berguna untuk diamalkan. salam perkenalan.Nas doakan segala yang ziera buat dipermudahkan amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan juga Nas..terima kasih mendoakan.amin.. Sy jg mendoakan segala urusan Nas dipermudahkan. InshaAllah. Amin

      Delete
  14. berharap sangat diri ini cepat hamil..kikiki. in-sya allah... kalau rezeki dtg cepat alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah...cuma kalau belum tiba rezeki jangan cepat mengalah ye..

      good luck!

      Delete
  15. Tahniah semoga dipermudahkn segala urusan

    ReplyDelete