Secara ringkasnya, prosedur dimana, doctor akan buat satu hirisan di perut untuk masukkan kamera dan tengok keadaan dalam rahim.Selalunya prosedur ni adalah untuk pesakit yang mempunyai masalah saluran tiub fallopio, ovarian cyst & merawat endometriosis. So in my case, adalah untuk merawat endo di sebelah kiri ovari. Tak besar sangat pun. Tapi still contribute masalah dalam menghasilkan telur. Itu pun Dr Kadir advise suruh buat lepas makan 3 kali clomid still tak berjaya.
~So jom baca my experience pertama kali masud wad for this procedure~
ADMISSION DAY
Dr Kadir suruh admit sebelum pukul 2 ptg. Datang and settle kan proses kemasukan. Kena tunggu dalam 20 minit untuk dorang settle kan proses pendaftaran. Surat admission Dr Kadir dah bagi masa appointment. Tinggal bawak surat admission & guarantee letter aje. Bila dah settle, staff nurse akan hantar ke ward.
Yang kelakarnya, siap kena duduk atas kerusi roda lagi. First time ok naik kerusi roda. Boleh lagi tanya nurse "sy jalan je tak boleh ke?" sambil tersengih-sengih. Sampai je dekat ward, kena tukar baju. Purple lagi uolss. Owh ye, wad tu wad O&G. So duduk sekali dengan mummy yg nak deliver baby, yg ada problem uri ke bawah etc. (Malam-malam mesti akan dengar baby menangis. Happy sangat dengar suara baby tu semua. Comel je)
Da relax2, Dr datang untuk amek darah untuk penuh kan 3 botol kecil. Kne cucuk idop2 ye. Punye la lah sakit. Staff nurse pula akan ambil tekanan darah.
Dalam pukul 5.00 petang, Chinese Dr datang. Dia perkenalkan diri sebagai Dr bius. Terangkan segala prosedur masa hari operations. Akan di bius penuh. Apa kesan lepas bius (muntah, pening etc), risiko masa operate (gigi luka, kerongkong perit sbb wayar di masukkan thru tekak), dan rare case usus kecil dan besar akan terluka. Lepas operate apa makanan yg boleh dimakan. Start with air, roti, bubur then baru nasi. Last, Dr akan mintak signature untuk 2 form, akui that i made an agreement untuk di bius segala.
Pukul 8.00 malam, Dr datang sekali lagi. Tapi kali ni Chinese Dr yg berbeza. Perkenalkan diri sebagai Dr yg akan buat operation esoknya. Satu benda yg best dekat HUKM ni Dr dia semua baik & berbudi bahasa. Really proud of them. Dr ni terangkan prosedur yg sama untuk esok hari. Masukkan kamera dalam perut etc. (Sebenarnya da google da pasal prosedur ni. So tak de la nganga sangat masa Dr explain). Dr tekan-tekan sikit perut, bgtau kne makan ubat penenang/tidur malam ni and kne puasa at least 6 jam and we end the conversation.
Dalam pukul 11.50 malam, staff nurse datang bawak satu ubat cecair yg SANGAT TAK SEDAP! + ubat tidur. Katanya, ubat tu untuk make sure segala najis dibuang dan perut kosong sebelum operation day. Lepas dah buang air, baru boleh makan ubat tidur. Masalahnya adalah!! makan ubat cecair tu, perut still jugak tak memulas. Staff nurse cakap ubat tu efek dlm masa 15 minit je. Tapi dah pukul 3 pagi tak sakit2 perut lagi. Mengenangkan kena puasa,at last pandai2 decide makan ubat tidur tu without tunggu buang air. Know what, lepas je telan ubat tidur, terus perut memulas dan bermula lah aktiviti ke tandas awal2 pagi buta.
|
masin ada, payau ada.. kesimpulan memang tak sedap! | | |
|
|
|
|
|
OPERATION DAY
Even dah telan ubat tidur yang konon-konon untuk bagi tidur tak terganggu, tapi mata ni pagi-pagi buta dah celik. 8.00 pagi, Dr datang. Kali ni Dr lain pulak. And again terangkan pasal prosedur. (Memang ramai Dr ye. Dr pelatih pun ramai. Kejap2 di tanya soalan yang sama. Period regular ke tak etc). Kali ni Dr scan perut takut2 ada baby. (Period da delayed 2 minggu). Urine test pun kena buat jugak. Staff nurse masuk kan air dekat tangan dalam 2 botol utk make sure badan tak lemah sebab puasakan. Then Dr Kadir datang tanya khabar and cek-cek buku. Dr Kadir sangat lembut orangnya. Selesa dengan dia.
Ok, menunggu dan terus menunggu bila nak masuk OT. Ada 5 kes on that day, and tepat jam 1.00 tengahari, staff nurse datang bagi baju khas warna putih. Masuk bilik OT kena pakai baju loose ni. Staff nurse bawak ke OT. Before proceed masuk, staff nurse akan tunjukkan balik 2 form yg di sign sebelum ni (yg mbenarkan Dr buat bius penuh etc). Dia bc kan nama and nombor ic, and tunjuk signature. Bila semua da ok, dia tolak masuk ke OT. Tapi i have to wait dekat tepi dulu sementara tunggu patient yg sebelum nya keluar. Masa menunggu tu, dengar lah staff nurse panggil nama patient tu kuat2 (seems like dia tak sedar2 lepas operate. Seriau jugak)
|
kne pakai cap. sangat tak comel kan |
|
|
Masa menunggu masuk dalam OT tu, terdengar suara azan. Serta merta hati jadi sebak. Dalam hati cakap, sampai ke tahap ni perlu buat untuk dapat kan zuriat. Tak pernah terduga pun seumur hidup kena warded + masuk OT. Mata da berair tapi cepat-cepat lap. Dr Kadir datang menyapa tanya khabar dan 10 minit lepas tu, terus di tolak masuk ke OT. Bismillah dan berdoa di muka pintu OT tu. Dengan harapan semua nya berjalan lancar.
Masuk-masuk bilik OT je, mata terpandang kan lampu2 yg besar. Sebelah kanan pulak ada mcm skrin (tempat pancar result dari kamera), nampak la kelibat2 staff nurse + doctor tengah berdiri. Staff nurse mintak beralih ke katil utama. Bermula lah tangan2 staff nurse tampal itu tampal ini kat dada, kat badan (dengan lajunya ye). Alat untuk kesan jantung katanya. Sorang staff nurse cucuk ubat dekat tangan, lagi sorang pasang kan alat pernafasan. Dengan harapan, cucuk ubat then akan terlelap. Tapi mata ni liat pula nk tutup. Siap nurse tu cakap "lambat nya" sambil mata perhatikan satu screen ni. Then staff nurse lagi seorang cakap "ok, kita tambah dos ye" (yela dah susah sgt nk padam kan). Suddenly, slowly and slowly siling OT nampak kabur and terus lah terpadam.
In the meantime tak tahu apa jadi, sedar-sedar nama sayup-sayup di panggil. " Hazirah, ada rasa apa-apa tak?" And my first answer "SAKITTTT... sambil menangis" (perut masa tu memang rasa perit) Tak sangka boleh menangis on the spot. Sempat juga dengar seorang nurse ni cakap "Kesian nya" ... arghhh sedih sangat sebenarnya bila dengar dia cakap macam tu.
Lepas tu terus tak sedar balik, terbuka mata bila nurse suruh beralih balik ke katil ward sebelum ditolak masuk ward semula. Nampak la kabur-kabur ada dalam 3-4 orang nurse berbaju biru tengah menunggu. Lepas tu terus tak sedar. Tapi tahu mata ni tengah berair menahan sakit.
Bila dah dekat ward, tanya my hubby dah pukul berapa. Operation habis dalam 3.50 petang. Lebih kurang dalam 2 jam lebih. Lama jugak. Tapi i know, Dr buat lap surgery sekali untuk buang endo + dye test (sebelum ni tak buat HSG test. So bila buat lap atau scop, Dr boleh cek sekali tiub. So sekali jalan je. Mata ni tak tahan sangat sebenarnya. Antara sedar dan tidak. Mamai. Makan, borak sikit2 tapi lepas tu lupa ada ke makan, pukul berapa makan etc. (kesan ubat bius rasanya).
Dr yg buat operation datang terangkan keadaan peranakan. Alhamdulilah, tiub tak tersumbat, kedudukan dan bentuk tiub betul & cyst (stage 1) dah di buang.
Dr tunjukkan gambar di atas. Macam tu lah rupanya keadaan peranakan. Last, Dr tanya nak terus mengandung ke or rehat sekejap. I chose mengandung terus. And dia akan mintak Dr Kadir advise apa yg patut. We end our conversation.
Lepas Dr jumpa, terus tertidur dari ptg sampai la pukul 3 pagi baru sedar. Badan berpeluh-peluh. Staff nurse ada supply pad. Sebab memang ada darah bila lepas buat dye test. Staff nurse siap nak tengok pad ada darah lagi ke tak. Lepas tu teman ke toilet (pening sikit-sikit). Yang paling mengharukan sangat bila staff nurse tu siap teman masuk dalam toilet. (even dah cakap "takpe, sy boleh kencing sendiri"). Tapi dia insist nk teman. Siap cakap "takpe, tak payah malu". Tebalkan lah muka kat dalam tu. Kind of proud sgt Dr + staff nurse kat HUKM (Wad 1A). Baik sangat2. Terlalu baik. THANKS GUYS!
SEHARI SELEPAS OPERATION DAY
Tepat jam 7.00 pagi, dah tersedar. Suddenly perut sebelah kanan terasa sakit sangat!. Bila tarik nafas, sakit! Sampai terpaksa tekan bell panggil Dr. Sakit angin menolak rasanya. Macam sakit pedih ulu hati tapi dekat sebelah kanan perut. Dah menangis sakan dah. Guling-guling kiri kanan menahan sakit yg secara tiba-tiba menyerang. Dr pelatih suruh cucuk ubat and staff nurse bagi pain killer, panadol + satu pil (tak tahu pil apa). After that baru ok sikit. Sebenarnya perut tiba2 rasa sakit bila sebelum pukul 7.00 pagi tu, ada Dr pelatih datang and tekan perut ni tanpa rasa bersalah. Padahal perut baru lepas operate. Angin bergelodak tu rasa sampai sekarang. Bila baring, memang sakit. Continue baring dalam keadaan menahan sakit. Macam biasa staff nurse datang cek tekanan darah.
Pukul 10.00 pagi, Dr Kadir datang, tanya apa plan lepas lap ni. Again, chose to mengandung terus. Dia suggest untuk bersama sendiri, supply clomid 150mg untuk 1 cycle sahaja. If tak berjaya lepas tu, proceed dengan IUI. Alhamdulilah sekali lagi sebab tak perlu makan pil perancang (period akan stop 3 bulan. Macam org menopos). Dr Kadir pun dah allowed untuk discharge.
Tengahari dalam pukul 2.00 petang, my hubby settle kan proses bayaran. Kos keseluruhan dalam RM1000++. (Tapi ada GL. Tak perlu bayar). Hubby ambil clomid and MC. And taraaaaaa ...
2 weeks MC
Sekarang dalam proses untuk makan bubur and benda-benda lembut. Perut ni memang sakit. Duduk pun tak kena. Jalan pun tak kena. Ni baru sikit. Agaknya bila bersalin nanti mcm mana lah rupanya.
Apa-apa pun moga selepas ni semua nya baik-baik belaka dengan harapan lepas ni warded di ward yg sama untuk melahirkan pula. InshaALLAH & Amin.
* update ~ nak tahu samada positif atau negatif pregnancy selepas menjalani laparoscopy? Klik
sini *