Betul tak?
Ermmm i bet yes!
Yela selalu je kan dok dengar org mention pasal "Sperm Test", tapi sebenarnya tak tahu apa benda yg lebih penting utk di fahami. Benda yg penting tu adalah Semen Analysis. Entri kali ni nak sesembang pasal apa yg perlu kita tahu pasal semen analysis punya result. Basically ini adalah secara gambaran nya. The details kita scroll down lepas ni.
General knowledge & view of sperm |
Sebelum tu, semen analysis secara am nya dibuat untuk 3 benda ni >
- menyukat jumlah air mani (semen)
- menentukan bilangan sperma (sperm)
- memeriksa kualiti sperma yang terhasil
Semen Volume
- menentukan berapa banyak air mani yg dapat dihasilkan pada satu-satu pancutan. Berdasarkan WebMD, semen volume yg normal adalah dari range 1.0 ml - 6.6 ml. Mengikut praktis perubatan, semen volume yg kurang daripada 2.0 ml ditafsirkan sebagai penghidap Azoorspermia. Tapi kebanyakan hospital akan refer pada kajian 2010 yg dijalankan oleh World Health Organization, dimana semen volume yg normal adalah > 1.5 ml
Liquefaction time
- Air mani akan likat macam gel bila pancutan berlaku. Dan selalunya air mani akan mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk bertukar menjadi cecair. Secara am nya parameters ni menyukat masa yg di ambil oleh air mani untuk berubah dari likat menjadi cecair
Sperm Count
- Bilangan sperma yg ada dalam air mani pada satu-satu pancutan. Sperm count ini disukat dalam bacaan Milliliter @ ML). Based pada WHO, 2010 - normal sperm count bagi seorang lelaki adalah > 15 million per ML. Lelaki yg mempunyai sperm count yg rendah digelar sebagai Oligoozoospermia
Perbezaan antara bilangan sperma yg normal dan abnormal |
PH
- PH adalah untuk menentukan samada air mani bersifat asid atau alkali. Air mani yg bersifat asid akan mempunyai PH yang rendah dan air mani yg bersifat alkali akan mempunyai PH yg tinggi. Secara am nya, PH yang rendah (asid) memberi petunjuk bahawa 1@2 seminal vesicles tersumbat. Dan PH yg tinggi (alkali) memberi petunjuk air mani mengalami jangkitan. PH yang di luar range normal adalah bahaya kepada sperma. Mengikut WHO 2012, PH yg normal adalah >7.2-7.8
Motility
- Mengukur dan menentukan berapa peratus sperma yg boleh bergerak seara normal. Atau senang cerita nak tahu bagaimana sperm itu berenang, Parameters motility adalah salah satu parameter yg paling penting untuk menentukan samada sperma pihak lelaki normal atau bermasalah. Motility sperma yg di anggap normal adalah apabila > 50%. Motility yg jatuh pada range 25-50% masih di anggap normal dan motility yg kurang daripada 25% lebih cenderung utk mempunyai masalah.
Antara elemen terpenting dalam parameters yg diukur adalah berapa banyak peratus sperma yg bergerak seperti berikut : -
a) Rapid Linear - sperma yg bergerak dalam keadaan progresif which is sangat bagus & sangat kuat. Selain daripada bergerak secara lurus.
b) Slow Linear - sperma ni bergerak secara ke depan cuma yg membezakan sperma ini tak akan bergerak secara lurus. This sperm tend to moved dalam keadaan curve. Zig zag centu.
c) Non-progressive - sperma yg tidak move forward. Dah la tak move forward lepas tu tinggalkan ekor nya terkapai2 seorang diri.
d) Immotile - sperma jenis ini langsung tak bergerak kemana-mana. Statik di satu tempat sahaja.
Dalam ujikaji yg doctor buat, kebiasaanya motility sperm RAPID LINEAR akan di gabung bersama SLOW LINEAR utk mengetahui keseluruhan keputusan.
Morphology
- Morphology adalah terms yg digunakan utk merujuk kepada bentuk dan saiz sperma yg terhasil. Normal morphology bagi sesuatu sperma di ukur apabila mempunyai kepala yg berbentuk oval, smooth, dan ekor yg panjang dimana ekor ini bersambung dengan kepala sperma.
Perbezaan bentuk dan saiz sperma yg normal dan abnormal |
Hopefully entri ni memberi manfaat utk semua!! Happy reading mommies to be!
Thanks atas info..sgt2 membantu org yg kurang arif ttg term2 dlm sperm test ni
ReplyDeleteWelcome :-)
DeleteSgt membantu.tq ye
ReplyDeletetq info
ReplyDeleteMaaf Admin, sy minta untuk share info general pasal semen analysis di blog sy boleh???
ReplyDelete